Thursday, May 26, 2011

Bab 8

Hujan lebat membasahi permukaan bumi di sekitar kawasan perumahan Ezwan. Bunyi siren dari kereta polis dan juga ambulans kedengaran, dengan anggota polis mengawasi laluan jalan ke arah rumah kedai 2 tingkat milik ayah angkat Ezwan.



Anggota perubatan sedang mengusung mayat seorang lelaki keluar dari rumah kedai tersebut. Mayat lelaki yang berumur 50an tersebut kelihatan luka parah di bahagian abdomen dan patah tulang rusuk serta mata kirinya dicungkil.



Pegawai penyiasat berpangkat Inspektor sedang mengamati mayat lelaki tua itu.



" Kesian pakcik ini. Siapa yang begitu kejam dan sanggup membunuh dia " keluh Riza.



Ini merupakan kali pertama dia terpaksa berhadapan dengan kes bunuh sebegini, walhal sebelum ini kes yang ditanganinya hanyalah kes rompakan dan samun.



" Pakcik ni dikenali sebagai Boon Li, " kata Koperal Ahmed yang berdiri bersebelahan Riza sambil membelek buku catatannya.



" Ahli keluarganya yang lain ? "



" Mengikut maklumat yang diperolehi, dia mempunyai seorang anak angkat yang kini berumur 17 tahun. Namanya Ezwan. Itu saja ahli keluarganya " terang Ahmed dengan lebih lanjut.



" Mana anak angkatnya sekarang ? " Tanya Riza. Dilihatnya mayat Boon Li diusung masuk ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital.



" Kalau tidak silap saya, dia sekolah arini. Mungkin dalam perjalanan balik sekarang ".



" Inspektor! Ada satu lagi mayat di dalam rumah ini! " jerit salah seorang koperal yang berada di dalam rumah kedai tersebut.



Riza bergegas masuk ke dalam rumah kedai tersebut bersama-sama dengan Ahmed. Adakah mayat kedua ini mayat anak angkat Boon Li, fikirnya.



Anggota forensik masih lagi meneliti ruang tamu rumah kedai tersebut. Keadaan berselerak dengan kepingan papan dari bahagan dinding berserta dengan timbunan kaca yang pecah dari akuarium kecil mengisi permukaan lantai.



Koperal Chong segera menghampiri Inspektor Riza.



" Mayat lelaki ini agak pelik, mukanya hodoh sangat dan kuku kedua belah jarinya panjang dan tajam "



Riza memandang ke arah mayat yang terlentang di tepi tangga menuju ke arah bilik mandi. Bungkusan plastik dan kotak pada mulanya menimbuni seluruh badan mayat tersebut, maka tidak disedari pada awalnya.



Inspektor Riza bergerak ke arah mayat lelaki tersebut. Perasaan ingin tahu menyelubungi dirinya seakan terasakan bahaya akan muncul secara tiba-tiba.



" Kamu pasti lelaki ini dah mati ? " tanya Riza kepada Chong.Diperhatikan tubuh badan lelaki tersebut yang agak tegap.



" Apa punca kematian ? " tanya Riza sambil menoleh ke arah Chong. Dengan tidak semena-mena, mayat lelaki tersebut berdiri dengan sendirinya di belakang Riza.



Secara tetiba, mayat lelaki tersebut berdiri tegak di belakang Riza. Chong dan Ahmed terus mengacukan pistol mereka ke arah lelaki tersebut.



" Inspektor! Bahaya! "



Riza cuba berganjak namun serangan lelaki tersebut mengena bahu kirinya. Impak serangan tersebut melantunkan Riza ke arah Chong dan Ahmed lantas menyebabkan mereka semua jatuh ke atas lantai rumah tersebut.



Pegawai polis dan anggota penyelamat terkejut dengan apa yang berlaku. Tembakan dilepaskan ke arah lelaki tersebut, namun tidak berhasil apa jua.



Riza cuba bingkas bangun namun tidak berdaya kerana kesakitan yang amat sangat pada tangan kirinya. Diperhatikan lelaki tersebut semakin hampir ke arahnya lalu diterkam serta merta, tetapi sempat dipintas oleh Ahmad dan Chong.



" Lari inspektor!" Terik mereka berdua.



Serangan dari lelaki tersebut berjaya dihalang oleh Chong dan Ahmad. Riza berjaya bangkit lantas lari menuju ke arah pintu. Anggota polis yang lain cuba membantu, namun secara tetiba dua biji kepala manusia tercampak ke arah mereka. Riza tergamam. Yang dilihatnya adalah kepala Chong dan Ahmad...



Lelaki tersebut serang semula. Nyawa Riza dan anggota polis yang lain adalah seperti di hujung tanduk.



Riza terbayang akan maut yang semakin hampir meragut nyawanya. Tidak disangkanya bahawa dia akan mati dibunuh oleh sesuatu yang tidak difahaminya. Lelaki yang sepatutnya sudah mati, yang berwajah bengis dan bersusuk badan yang agak kurus telahpun membunuh Chong dan Ahmed begitu sahaja.



" Lari Inspektor! " teriak anggota polis yang lain. Ada juga yang telah lari menyelamatkan nyawa masing-masing dengan anggota penyelamat yang ada, dan ada juga yang telah mengubungi ibu pejabat untuk bantuan segera.



Namun, lelaki tersebut menghayunkan tangan kirinya dengan segera ke arah mereka semua. Walaupun jaraknya jauh, namun hayunan tersebut menimbulkan getaran halus yang tajam lantas membunuh serta merta anggota-anggota tersebut.


Riza tergamam. Tangannya mencari-cari pistol yang berada di bahagian kanan pinggangnya. Dia mengacu segera pistol ke arah lelaki tersebut.



Dia cuba melepaskan tembakan, namun pistolnya secara tetiba berpecah dua akibat serangan lelaki tersebut. Tusukan tangan kanannya kini menuju ke arah perut Riza dengan pantas.



Riza berputus asa, menyangkakan dia akan hilang nyawanya tika itu. Namun lain pula jadinya.



Riza terpandang belakang seorang budak lelaki dalam lingkungan 15 tahun berada di hadapannya. Tangan kirinya menggenggam erat tangan kanan lelaki tersebut. Dalam sekelip mata, tangan tersebut hancur dimusnahkan.



Lelaki tersebut berundur ke belakang. Dia mengukir senyuman sinis.



Apa yang berlaku di depan Riza semestinya tidak pernah diduga langsung dalam hayatnya. Dengan mudah sahaja, budak lelaki tersebut mencederakan lelaki itu.



" Ezwan, akhirnya kau muncul juga! " jerit lelaki itu.



Ezwan kelihatan sugul dan sedih. Melihatkan keadaan rumahnya yang sekian lama dihuni bersama Boon Li.. kini Boon Li telahpun meninggalkan dia, menjadikan dia keseorangan sekali lagi.



Ezwan, tertanya-tanya Riza dalam hati. Tika itu, lelaki tersebut bertindak menendang gas yang berdekatan di dapur rumah tersebut.



Kebocoran gas berlaku serta merta, lantas tepikan api menyala dan meranapkan ruangan tamu rumah kedai tersebut. Lelaki tersebut ghaib serta merta meninggalkan Ezwan dan Riza.



Kedengaran bunyi siren polis dan bomba menghampiri kawasan tersebut 20 minit kemudian.



Mayat anggota polis yang terbunuh mengejutkan ramai anggota yang tiba di sana. Para wartawan juga mulai berkerumun untuk meliputi cerita dan keadaan yang berlaku di situ.



Ezwan meletakkan Riza di belakang sebuah kereta yang terletak jauh sedikit dari rumahnya. Dia mengamati apa yang berlaku dengan penuh kegeraman, mengenangkan kematian Boon Li.



Namun yang peliknya dia tak menjumpai mayat Boon Li. Ianya hilang terus dari kawasan tersebut. Dilihatnya pula Riza, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hanya Riza seorang sahaja yang terselamat, dengan rahsia yang sukar untuk difahaminya kini..

No comments:

Post a Comment