Ezwan sedang mengamati buku yang diberikan oleh rakan kelasnya di kawasan permainan bola keranjang di sekolah nya. Buku yang dipercayai ditulis oleh seorang budak perempuan yang tida dikenalinya.
Ia lebih kepada suatu cerita tentang diri perempuan tersebut, dan dia merasakan sediit sebanyak ada persamaan yang tertentu.
Apa yang tertera dalam buku tersebut adalah tentang kehidupan dari kecil, hinggalah dewasa, tentang bagaimana dia menyesuaikan dirinya dengan keluarga angkat sambil cuba mencari keluarga asalnya.
Ada lakaran rupa gadis tersebut namun Ezwan tidak dapat mengecamnya. Diamatinya suatu nama ringkas di tepi lakaran gambar tesebut, ECS.
" ECS ?"..
Gadis itu hanya memerhatikan gerak geri Ezwan di tepi blok B kawasan sekolah menengah tersebut.
Diamatinya dengan penuh teliti, dengan harapan agar apa yang dicarinya dapat dirungkai dengan kehadiran Ezwan.
Segalanya berubah apabila dia ternampak Ezwan pertama kali di hari pertama persekolahan mereka ketika di tingkatan 5. Serta merta dia dapat merasakan bahawa hasrat yang disimpannya bakal dicapai, hasrat untuk mencari jawapan pada segala persoalan tentang dirinya mahupun tentang keluarga asalnya.
Dia tidak pasti kenapa dia begitu taksub dan tertarik dengan Ezwan, walaupun dia tidak pernah bergaul mahupun bertentang mata, namun nalurinya kuat menyatakan sebaliknya.
Di hari pertama tersebut, dia mendapat bayangan seakan rupa Ezwan memimpinnya mencari jalan keluar dari alam dunia ke alam ghaib. Dirasakan dari situlah segalanya bermula tentang dirinya sendiri.
Ketika kecil, dia diabaikan keluarga angkatnya tanpa kasih sayang. Dia merasakan dirinya menjadi satu kecelakaan pada mereka. Tidak pernah pun keluarga angkatnya melayan dia sebaik adik beradik tiri yang lain.
Dia hanya sedar yang dia adalah anak angkat ketika mendaftar di sekolah rendah. Dia juga kadangkala dipukul dan dimarahi keluarga angkatnya akibat kesalahan kecil, mahupun kerja sekolah tidak lengkap.
Namun, dia tidak pernah menangis setitis air mata pun. Pernah sekali dia dihina sebagai anak puaka oleh ayat angkatnya. Ini berlaku apabila rotan yang dihayunkan ke arah tapak tangannya secara tetiba melantun ke arah ayah angkatnya sendiri.
Pernah juga, dia secara tetiba muncul di ruang tamu dengan berpakaian sekolah walhal dia sedang bersekolah ketika itu.
Dan di waktu malam ketika dia berusia 13 tahun, pernah dia bermimpi tentang keluarganya sendiri. Mimpi yang sama setiap 7 hari pada awal umurnya 13 tahun.
Mimpi di mana ayah dan ibunya terpaksa menyerahkan dia kepada keluarga angkatnya untuk dijaga ketika dia berusia 3 tahun. Di waktu sebelum itu, keluarganya merupakan salah satu daripada 10 keluarga yang menetapi di alam ghaib, melindungi keluarga utama yang sedang berusaha melindungi alam tersebut daripada ancaman.
Namun, semuanya gagal dan hampir semua keluarga pelindung terbunuh kecuali anak-anak mereka yang berjaya disembunyikan terdahulu. Salah satu daripada keluarga tersebut adalah ibu dan ayahnya..
Dari hari itu, dia bertekad untuk mencari jawapan kepada segala persoalan yang timbul dalam pemikirannya.
Namun sehingga dia berusia 17 tahun, dia buntu. Tiada apa yang dapat dilakukannya ketika itu. Dia cuba mengetahui lebih lanjut tentang keluarga asalnya dari ibu angkatnya, namun soalan itu tidak pernah dijawab.
Apa yang ada padanya hanyalah loket emas yang tertulis tanda nama ECS. Satu-satunya harta peninggalan yang dimilikinya daripada ibu kandungnya sendiri. Dia sedar yang tanda nama tersebut adalah namanya yang sebenar.
Ezzah Suhaili...
No comments:
Post a Comment