Wednesday, April 20, 2011

Bab 7

Ezman baru lepas menonton wayang di panggung pusat mebeli belah terkemuka di ibu kota. Rasa kecewa kerana gagal ketika sesi temuduga tadi sedikit sebanyak mengganggu emosinya, lantas dia memaksa diri untuk menonton wayang bagi menghilangkan kekecewaannya.



Ketika melangkah keluar dari pusat beli belah tersebut yang dikerumuni oleh ramai manusia dari pelbagai ragam, dia terpandang kelibat seorang gadis yang sedang melarikan diri dari sekumpulan lelaki.



Gadis yang berambut hitam paras bahu tersebut kelihatan seperti seseorang yang dikenali Ezman, namun dia tidak berapa mengingatinya. Dia memandang sekeliling kawasan tersebut, dan merasakan hanya dia sahaja yang menyedari kejadian kejar mengejar tersebut kerana didapatinya orang ramai sekeliling hanya menumpukan pada hal masing-masing.



Dalam sekilas imbas, bayangan gadis tersebut hilang serta merta dari tempat tersebut. Ezman berasa bingung. Imaginasi ataupun realiti bayangan gadis yang dilihatnya..



Tanpa berlengah, dia bergegas pulang. Timbul persoalan yang ingin ditanyakan pada Ezwan. Persoalan yang sepatutnya ditanyakan dari awal perkenalan lagi, namun diabaikan kerana dia berpendapat soalan tersebut tidak penting. Tapi kini, ianya penting padanya.



Ketika dalam perjalanan pulang dalam bas, Ezman sedang memerhati seorang gadis yang duduk di barisan depan penumpang. Dia berasa pelik kerana itulah gadis yang dilihatnya tadi.



Gadis tersebut sememangnya pada pandangannya seorang yang cantik, berkulit putih coklat, berambut lurus, dan bersaiz sederhana secara fizikal.



Ezman terpaku memandang ke arah gadis tersebut tanpa menyedari kelakuannya disedari beberapa orang lelaki yang berada di belakang bas tersebut.



Selepas 10 minit perjalanan, bas tersebut berhenti di perhentian bas di kawasan rumah Ezman. Gadis yang diamatinya juga melangkah keluar dari bas tersebut.



Ezman tertanya-tanya dalam hatinya, si gadis yang cantik ini juga tinggal di kawasan perumahannya. Tapi, selama ini dia tidak pernah pun ternampak kelibat gadis itu.



Diperhatikannya si gadis itu mengikuti lorong yang berlainan dari arah rumahnya.

Langkah yang lemah lembut, si gadis tu menuruti perjalanan pulang



Ezman hanya tersenyum. Alangkah bahagianya kalau dia dapat berkenalan dengan gadis cantik tersebut. Selama ini dia tidak pernah bercinta kerana tidak berpeluang. Mungkin, akan tiba jua peluangnya tidak lama lagi.



Sedang dia tersenyum ketika itu, bahunya ditepuk dengan seseorang dari belakang.

Ezman terkejut lantas menoleh ke belakang.



" Kenal kami lagi tak??!! "



Ezman terkejut. Dia tidak meyangka akan terserempak dengan mereka lagi.



" Kau ingat kau boleh lepas kali ini!"



Satu tumbukan deras dilepaskan salah seorang lelaki tersebut. Lelaki melayu berumur 30-an yang dikenali sebagai Bob tidak melepaskan peluang yang ada supaya Ezman dapat dibelasah sepuas hatinya.



Disangkanya tumbukan yang dilepaskan akan tepat mengena muka Ezman. Namun lain pula jadinya.



Bob secara tiba-tiba tersungkur ke depan apabila tumbukannya ditepis dan ditarik Ezman ke hadapan. Mukanya tersembam ke permukaan tanah yang kotor dan lecak setelah hujan di waktu sebelumnya.



Kedua-dua rakan Bob terkejut dengan tindakan pantas Ezman. Tanpa berlengah, si Ah Chai yang bermisai dan bertopi menyerang Ezman.



Ezman sememangnya tidaklah pandai dalam mempertahankan diri. Dia cuma melakukan apa yang diajar serba sedikit oleh Ezwan.



Tendangan kiri Ah Chai berjaya ditepis namun serangan mendadak si Murugan yang gempal tidak sempat dielak.

Ezman ditolak dengan keras oleh Muthu namun dia berjaya mengesampingkan gerakan Muthu ke arah berlawanan lantas Muthu terjatuh dan melanggari Bob yang baru saja nak bangkit dari jatuhnya.



Kesakitan yang melanda Bob meningkatkan lagi kemarahannya.



" Kali ini kau akan mampus semampusnya!!"



Bob secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang poketnya.

Muthu dan Ah Chai terkejut dengan tindakan Bob lantas menghampiri Bob dengan segera



" Boss, serius ke ni?!! " tanya Muthu dengan cemas.



Ezman menjadi pucat. Dirasakan maut bakal menjemputnya.



Ah Chai memandang kawasan sekeliling. Dia tersedar bahawa apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh si gadis tadi dengan wajah yang bersahaja. Gadis tersebut hanya berada di seberang jalan, dalam 100 meter jaraknya.



Kedengaran pula bunyi siren polis menghampiri kawasan perumahan tersebut. Bob terkejut lantas picu pistol ditekan secara spontan.



Bang!!!

No comments:

Post a Comment