Thursday, February 10, 2011

Bab 5

" Rupa kau memang serupa macam ayah kau! " kata orang tua tersebut.



Ezwan tidaklah terkejut dengan apa yang dikatakannya. Dia pernah ingat yang Boon Li pernah berkata perkara yang sama.



Ezwan memerhatikan gerak geri orang tua tersebut. Orang tua tersebut hanya berkaki ayam, berseluar kain panjang hitam yang mempunyai kesan tompokan darah di kawasan lutut. Tidak dapat dipastikan sama ada darah haiwan mahupun darah manusia.



" Susuk tubuh kau pun boleh tahan, tegap. Aku rasa dari segi kekuatan tu, sama dengan ayah kau, " katanya.



Sememangnya tubuh badan Ezwan tegap, walaupun tidaklah tinggi.



Am-nya, fizikal Ezwan adalah hampir sama dengan kebanyakan pemuda yang aktif sukan dalam lingkungan 21 tahun. Yang uniknya, ianya terhasil dengan sendiri tanpa sebarang senaman atau latihan yang dilakukan oleh atlet sukan.



" Sudah tiba masanya untuk kau tahu sedikit sebanyak tentang dirimu. "



Sambil berkata, orang tua tersebut semakin menghampiri Ezwan. Ternampak belahan gigi yang rosak dan tajam di celahan mulutnya, serta sedikit darah menghiasi bibir bawahnya. Kesan dari luka atau dari segi makanan.



" 40 tahun yang lepas, 10 orang bayi muncul di 10 buah lokasi di negara ini. Dari mana asal usulnya, tidak diketahui."



" Salah seorang dari bayi tersebut adalah ayah kau".



" 20 tahun yang kemudian, hampir separuh dari mereka telah mati dibunuh. Ayah kau pula terselamat."



Ezwan tersentak seketika. " Dibunuh ? " fikirnya.



" Pakcik Boon Li ...." dalam hatinya teringatkan tragedi yang menimpa Boon Li 5 tahun yang lepas.



" Kenapa mereka dibunuh?! Dan apa kaitan mereka semua tu dengan ayahku?" soal Ezwan.



Diamati lelaki tua dengan penuh teliti. Dari tadi sampai sekarang, dia masih tak tahu siapakan lelaki itu. Apa yang dia tahu, adalah asal usulnya sendiri. Walaupun dia merasakan keadaan kini bukanlah keadaan yang mengizinkan kerana bahaya mungkin akan menimpanya bila-bila masa.



" Mudah aja kaitannya..", jawabnya dengan sinis.



" Kerana mereka semua adalah sebahagian dari keluarga ayah kau !"



Ezwan tersentak. Sebahagian dari keluarga dia ?? Adakah kesemua 9 orang yang lain mempunyai pertalian dengannya, fikir Ezwan dengan penuh serius.



Suasana menjadi hening, udara semakin bertambah panas walaupun dah malam.



" Mereka dan ayah kau merupakan satu-satunya penghalang untuk apa yang bakal berlaku di dunia ini. Dan kini, kau lah satu-satunya penghalang yang harus dihapuskan !"



Tanpa sebarang amaran, orang tua tersebut terus ghaib di depan Ezwan. Dalam sekelip mata, dia berada di belakang Ezwan dan menghalakan tumbukan kiri ke arahnya.



Ezwan bagaimanapun sedar, dan hanya melangkah ke sebelah kiri. Serangan orang tua tersebut hanya mengena angin kosong, lantas dia ghaib semula.



Dirasakan orang tua tersebut telah menghilangkan diri dari kawasan tersebut. Tapi, Ezwan terasa suatu tekanan yang amat kuat dari depan.



Suasana dingin menjadi hangat, dengan udara dirasakan menjadi nipis lalu menyukarkan Ezwan untuk bernafas dengan lancar.



Dia cuba berundur, namun gerakannya menjadi lambat apabila orang tua tersebut dengan sepantas kilat berada di hadapannya dan menumbuk Ezwan di bahagian abdomennya.



Kedua-dua mereka tercampak ke belakang apabila tumbukan orang tua tersebut mengena Ezwan.



Ezwan walaupun ditumbuk, namun dia masih lagi boleh berdiri dengan biasa walaupun terpaksa berganjak ke belakang akibat serangann tersebut.



Orang tua tersebut jatuh rebah melanggari pokok yang berhampiran. Bunyi serangga malam menemani hembusan nafas orang tua tersebut.



" Mustahil! "



Darah pekat mengalir dari bucu bibirnya. Orang tua tu tak sangka tumbukannya langsung tak berhasil dan yang menjadi mangsa adalah dirinya sendiri.



Ezwan sekadar memerhatikan sahaja. Namun dia merasa agak sakit. Dirasakan badannya mula panas.



Peluh mula membasahi dahinya. Wajahnya kemerah-merahan.



" Tak mungkin!! Ayah kau tak pernah berjaya mencapai tahap tersebut, inikan kau?" jerit orang tua tu menyedari apa yang sedang berlaku pada Ezwan.



Dirasakan badannya mengembang, otot di kaki, tangan dan juga di seluruh badan menjadi tegang dan membesar. Daripada ketinggian 173 cm, kini menjadi 185 cm.



Udara panas mengembang di sekeliling badan Ezwan. Kesakitan menyelubungi keadaan fizikalnya, namun dia merasakan kekuatan dia berpuluh kali ganda lebih daripada sebelumnya.



Angin kencang menyelubungi kawasan hutan tersebut. Cuaca yang sememangnya cerah sedikit sebanyak berubah menjadi suram dan mendung, dengan awan menutupi sinaran cahaya bulan tersebut.



Perubahan yang berlaku tiba-tiba pada dirinya, secara langsung membingungkan Ezwan. Dia tidak tahu kenapa dan mengapa, dan di mana harus dia mencari jawapan pada persoalan ini.



Orang tua tersebut sekadar memerhatikan sahaja gerak geri Ezwan. Dia sedar yang dia harus berundur segera, kerana dia tidak akan berjaya membunuh Ezwan sekarang.



Apa yang berlaku pada Ezwan tidak terlintas dalam fikirannya sekarang. Dia hanya menurut arahan dari tuannya, dan disangkakan tugasnya adalah mudah seperti kebiasaannya.



Ezwan cuba mengawal pernafasan yang kian sukar disebabkan perubahan yang dialaminya. Badannya dibasahi peluh, dan dirasakan sukar untuk bergerak.



Badannya dirasakan lebih berat daripada biasa, dan rasa sakit menyelubungi otot-otot badannya.



Orang tua tersebut mengambil peluang yang ada dengan segera mengundurkan diri serta merta.



Disedarinya keadaan tersebut, Ezwan cuba bertindak menghalangnya namun dengan tidak semena-mena, perubahan fizikal nya kembali ke bentuk asal.



Badannya dirasakan teramat lemah dan sukar untuk berdiri, lantas Ezwan terpaksa merehatkan diri di atas tanah lembab kawasan hutan itu.



" Argggg!!!!!!" kedengaran suara orang tua tersebut menjerit kesakitan.



Dlihat Ezwan suatu cahaya meletus di sebalik kawasan hutan di mana dia berada.

Cahaya letupan menyinari malam gemerlap tersebut.



Dirasakan orang tua tersebut telah mati, namun bagaimana ? Dia cuba melihat sekeliling kawasan tersebut untuk memastikan sama ada orang yang lain berada di situ.



Dia tidak menyedari ada sepasang mata sedang mengamati tindak tanduk dia.

Lembaga menyerupai wanita sedang terapung di atas udara, berpakaian serba hitam, dan berambut panjang.



" Anakku...."

No comments:

Post a Comment